Thursday, January 7, 2010

KEJOHANAN BOWLING MASTER INDIVIDU MAKSWIP

Kejohanan Bowling Master Individu MAKSWIP telah berlansung pada 6 Jan 2010 di Megalane Endah Parade. Tahniah kepada Danish dari Pasukan Risda yang telah muncul JUARA individu dengan jatuhan pin 1613 diikuti oleh S Amin dari Pasukan FRIM ditempat kedua dengan jatuhan pin 1586 dan ditempat ketiga milik Dassler dengan jatuhan pin 1552. Manakala high game adalah milik Kamaruddin Jalil dari FRIM dengan jatuhan pin 256. Tahniah kepada yang berjaya dan semua pemain yang terlibat.

Pengerusi

KEJOHANAN BOWLING KNOCKOUT MAKSWIP

Kejohanan Bowling Knockout MAKSWIP yang telah berlangsung pada 30 Disember 2009 di Megalanes Endah Parade telah menyaksikan Pasukan RTM muncul sebagai JUARA menewaskan Pasukan DBKL STARS pada perlawanan akhir. Manakala pasukan FRIM A dan Pasukan PPUM telah menduduki tempat ketiga secara bersama. Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan lain boleh mencuba lagi dalam kejohanan akan datang.
Pengerusi

Wednesday, January 6, 2010

KEJOHANAN BOWLING PASUKAN MAKSWIP

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Kejohanan Bowling Pasukan MAKSWIP akan diadakan di:-

TARIKH :
26-28HB. FEB. 2010

TEMPAT:-
MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE (MIBC)Jalan Konvensyen,
Hang Tuah Jaya,MITC Complex, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.
Tel: 06-232 1507 / 1508

ANJURAN
JAWATANKUASA LIGA BOWLING KELAB MAKSWIP 2010

Disertakan Flayer Kejohanan Bowling Pasukan

KEPUTUSAN LIGA BOWLING MAKSWIP 2009

Tahniah diucapkan kepada Pasukan EPF yang telah menjuarai Liga Bowling MAKSWIP 2009, tempat kedua dimenangi oleh Pasukan PWD dan tempat ketiga oleh Pasukan DBKL 3.

Senarai Keputusan Liga Bowling MAKSWIP 2009

Pengerusi

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 6hb. Jan 2010, jam 8.00 pm di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat
3. Perkara-Perkara Berbangkit
4. Pelantikan Jawatankuasa Liga Bowling MAKSWIP 2010
5. Pembentangan Laporan Kewangan
6. Perjalanan Liga Musim IV 2010
7. Hal-Hal Lain
8. Penutup

Pengerusi

KEJOHANAN LIGA BOWLING MAKSWIP 2010

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2010 akan bermula pada 20hb. Jan 2010 (Rabu) di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

2. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 perlu dibayar bagi setiap permainan. Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini menerusi web http://bolingmakswip.blogspot.com/

3. Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP En. Mohd Shapie Jusoh melalui Faks: 03-62731073 selewat-lewatnya pada 4hb. Jan 2010. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 6hb. Jan 2010, jam 8.00 pm di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur dan akan diadakan perlawanan master individu dengan bayaran RM80 untuk 8 games. Kesemua pemain adalah dijemput untuk menyertai perlawanan master individu ini.
Pengerusi

KEJOHANAN BOWLING KNOCK OUT DAN MASTER INDIVIDU

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Liga Bowling MAKSWIP 2009 akan mengadakan Kejohanan Bowling Knock Out dan Master di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.
pada:-

a. Kejohanan Bowling Knock Out, 30 Dis. 2009, jam 8.30 mlm
b. Kejohanan Bowling Master Individu, 6 Jan 2010, jam 8.30 mlm

Kesemua pasukan dan pemain yang bertanding dalam Liga Bowling Makswip dan jemputan adalah layak untuk menyertai pertandingan ini. Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP En. Mohd Shapie Jusoh melalui Faks: 03-62731073 dan Tel: 03-62797560
Pengerusi