Tuesday, February 26, 2008

Minggu Kedua Liga Bowling...

Pada minggu kedua Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 berjalan pada hari rabu bermula 27hb. Februari 2008. Beberapa pasukan baru yang mengesahkan penyertaan adalah KEMPEN, RISDA, FAMA ...Selamat bertanding.

Friday, February 22, 2008

Hadiah Kemenangan Liga MAKSWIP 2007

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2007, telah berakhir dengan penyampaian hadiah kemenangan kepada semua pemenang yang bertanding. Keputusan kedudukan pasukan adalah:-
1. HASIL C
2. DBKL A
3. FRIM A
4. DBKL 3
5. DBKL STARS B
6. PWD
7. UNIMAL
8. KEMPEN
9. TH ONE
10. LTHT A

High Game Individu
1. Rohaya (283) 2. Hariz (276) 3. Fadzil (273)
High Series Individu
1. S Amin (719) 2. CMP (716) 3. Zainun (708)
High Game Team
1. HASIL C (919) 2. DBKL A (907) 3. FRIM A (891)
High Series Team
1. FRIM A (2495) 2. DBKL A (2472) 3. TH ONE (2418)

Kepada semua pemenang diucapkan tahniah dan pasukan lain diharap dapat terus meningkatkan prestasi dalam musim baru 2008. Kepada pihak pengurusan penganjuran dan Mega Lanes diucapkan ribuan terima kasih.

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 Dirasmikan...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 telah dirasmikan oleh En. Zamani bin Ismail dari LHDN selaku Pengerusi Kejohanan dengan meriahnya. Sebanyak 21 pasukan telah bertanding dan difahamkan beberapa pasukan lagi akan membuat past-ball bagi melengkapkan sebanyak 28 pasukan yang akan bertanding pada musim ini. Pengerusi juga memaklumkan bahawa hari pertandingan telah bertukar dari hari Khamis kepada hari Rabu mulai 27hb. Februari 2008. Kepada semua pasukan yang bertanding diucapkan terima kasih dan Good Luck.

Tuesday, February 19, 2008

Penyertaan Pasukan (Terkini)...

Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKLSWIP yang telah berlangsung pada 19 Februari 2008 di Endah Parade telah mengesahkan penyertaan sebanyak 26 pasukan yang akan bertanding. Sehubungan itu semua pasukan adalah dikehendaki hadir pada 21 Februari 2008 (Khamis) di Megalanes, Endah Parade jam 8.30 malam untuk undian perlawanan pertama dan mengemukakan borang penyertaan yang lengkap. Mana-mana pasukan yang belum mengesahkan penyertaan boleh mendapatkan borang di laman web ini atau di kaunter Megalanes, Endah Parade.

Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP Bil. 2/2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP akan diadakan pada 19 Februari 2008 (Selasa), jam 3.00 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat Endah Parade. Semua ahli Jawatankuasa adalah dijemput hadir.

Wednesday, February 13, 2008

Ruangan Kenali Bowless...

Webmaster mengwujudkan satu ruangan untuk kita sama-sama mengenali dengan lebih dekat bowless yang bermain bagi agensi dan jabatan kerajaan masing-masing. Melalui ruangan ini dapatlah kiranya pemain bowling mengenali di antara satu sama lain, maklumlah semasa bermain tu, semuanya 'concentrate' game masing-masing. Kerjasama semua bowless dapat mengemukakan borang berserta dengan gambar (format jpg) melalui email kepada urusetia kejohanan . Terima kasih.

Monday, February 4, 2008

Jemputan Penyertaan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 21hb. Februari 2008 (Khamis) di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

2. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 termasuk bayaran RM4.00 untuk Jackpot perlu dibayar bagi setiap permainan.

3. Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Boling Kelab Gabungan MAKSWIP melalui Faks: 03-62731073 atau 03-62010705 selewat-lewatnya pada 21hb. Feb. 2008.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,


Pengerusi
Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWP

Friday, February 1, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP akan diadakan pada 4 Februari 2008 (Isnin), jam 2.30 Petang bertempat di LHDN. Semua ahli Jawatankuasa adalah dijemput hadir.