Tuesday, September 28, 2010

KEJOHANAN LIGA BOWLING MAKSWIP 2010 (MUSIM V)

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2010 (Musim V) akan bermula pada 6hb. Oktober 2010 (Rabu) di KL Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

2. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 perlu dibayar bagi setiap permainan. Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini menerusi web http://bolingmakswip.blogspot.com

3. Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP En. Mohd Shapie Jusoh melalui Faks: 03-62731073 selewat-lewatnya pada 15hb. September 2010. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 6hb. Oktober 2010, jam 8.00 pm di KL Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

4. Sekian dan kerjasama tuan/puan untuk mengemukakan borang atau berhubung mengenai penyertaan dengan seberapa segera yang boleh kepada Urusetia bagi melicinkan lagi kejohanan ini.


“MAKSWIP TERUS GEMILANG”


Saya yang menjalankan tugas,


(ABDUL JABBAR BIN HJ. SABLI)
Pengerusi
Kejohanan Liga Bowling MAKSWP