Friday, July 18, 2008

Mesyuarat Pengurus Pasukan Liga Bowling MAKSWIP 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 Musim II akan bermula pada 6hb. Ogos 2008 di Mega Lanes, Endah Parade. Sehubungan itu, satu Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada:
Tarikh : 4hb. Ogos 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah MAKSWIP, Jalan Mehameru, Kuala Lumpur
Kehadiran semua Ahli Jawatankuasa dan Ketua Pasukan untuk mesyuarat ini didahului jutaan terima kasih.
Sekian
Pengerusi
Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008

Thursday, July 10, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling MAKSWIP

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Liga Bowling MAKSWIP Bil. 4/2008 yang akan dipengerusikan oleh En. Abdul Jabbar b. Hj. Sabli , Pengerusi Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 telah ditetapkan pada 15hb. Julai 2008 (Selasa), 9.30 Pagi di Rumah MAKSWIP, Jalan Persiaran Mahameru, Kuala Lumpur. Disertakan notis mesyuarat dan agenda.

Pengerusi

Wednesday, July 9, 2008

Kejohanan Bowling MAKSWIP 2008

Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan 10 Pin Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 1 Ogos hingga 3 Ogos 2008 di ERL Bowl, Alamanda, Putrajaya.

Setiap ahli gabungan dijemput untuk menghantar tidak melebihi dua pasukan bagi setiap acara yang dipertandingkan iaitu Lelaki - empat sepasukan dan wanita - dua sepasukan. Bayaran penyertaan sebanyak RM300 bagi pasukan lelaki dan RM150 bagi pasukan wanita.

Mesyuarat Pengurus pasukan akan diadakan pada 28 Julai 2008 di Rumah MAKSWIP, jam 10 pagi. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Julai 2008. Borang penyertaan boleh didapati dari urusetia MAKSWIP di Tel: 88853270/ Fak: 88892181

Urusetia MAKSWIP

Sila Klik Borang Penyertaan

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 Musim II

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 6hb. Ogos 2008 (Rabu) di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 perlu dibayar bagi setiap permainan. Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini menerusi web http://bolingmakswip.blogspot.com

Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP melalui Faks: 03-62731073 atau En. Reduan Mohd Yasin, Urusetia MAKSWIP di Tel: 03-88853270 / Fak: 03-88892181 selewat-lewatnya pada 4hb. Ogos 2008.


Peengerusi
Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP


Sila klik Borang Penyertaan