Monday, July 5, 2010

Kejohanan Bowling 25 Tahun FRIM Piala Ketua Pengarah FRIM 2010

Merujuk kepada perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Bowling 25 Tahun FRIM Piala Ketua Pengarah FRIM 2010 yang akan diadakan:-

Tarikh : 7 dan 8 Ogos 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : KL Mega Lanes, Endah Parade, Sri Petaling

2. Sehubungan itu, semua agensi kerajaan adalah dijemput untuk menghantar penyertaan ke kejohanan ini. Bayaran sebanyak RM500 dikenakan ke atas setiap pasukan dan perlu bayar bersama-sama borang penyertaan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2010. Bayaran boleh dibuat melalui akaun Kelab FRIM CIMB 12510003171054. Sila sertakan salinan slip bank sebagai pengesahan bayaran berserta dengan borang penyertaan.

3. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan salinan fotokopi boleh digunakan. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai kejohanan ini boleh menghubungi En. Mohd Shapiei bin Jusuh safiee@frim.gov.my di 013-3648778 atau 03-62797560
Link: Surat Jemputan


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,
(ABDUL JABBAR BIN HJ. SABLI)
Setiausaha Kehormat
Kelab FRIM