Tuesday, October 7, 2008

Selamat Kembali Bekerja & Bowling Time..

Kepada semua bowlers diucapkan selamat kembali bekerja selepas menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya. Diingatkan kepada semua bowlers Liga Bowling MAKSWIP akan bermula semula pada 15 Oktober 2008. Ini adalah minggu kelima kejohanan, maka kepada bowlers yang belum bermain adalah dikehendaki bermain bagi mengelakkan pemain tidak layak untuk bermain dalam liga pada musim ini. Sehubungan itu juga, kepada ketua pasukan yang belum menjelaskan deposit kejohanan RM200 (pasukan baru) dan trofi fund RM160 sila bebuat demikian dengan Bendahari, Hj Norahmat dari Tabung Haji. Selamat berbowling semula..see u there..



Friday, October 3, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami Pengurusan Liga Bowling MAKSWIP 2008/2009 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua bowlers. Maaf Zair dan Batin. Liga Bowling akan bermula semula pada 15 Oktober 2008


Get Hari Raya Graphics Here

Wednesday, September 10, 2008

Selamat Berpuasa Kepada Semua Bowlers

Jawatankuasa Bowling MAKSWIP mengucapkan selamat berpuasa kepada semua bowlers dan liga berehat sehingga bermula semula kejohanan pada 15 Oktober 2008. Terima kasih.

Friday, August 15, 2008

Jadual dan Ketua Pasukan Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP telah memasuki minggu ketiga kejohanan yang akan berlangsung pada 20 Ogos 2008. Pasukan terakhir mendaftarkan diri untuk kejohanan ini adalah Pasukan EPF C bagi melengkapkan 28 pasukan yang bertanding. Kepada semua pasukan dikehendaki membayar Trofi Fund sebanyak RM160 dan bagi 8 pasukan baru perlu membayar deposit kejohanan sebanyak RM200 kepada Bendahari kejohanan.
Pasukan Baru
1. JKR
2. DBKL HQ
3. JPI DBKL
4. MSN
5. MOF
6. RTM
7. MIDA
8. EPF C
Sila klik untuk Senarai Ketua Pasukan
Sila klik untuk Jadual Kejohanan

Tuesday, August 5, 2008

KEJOHANAN LIGA BOWLING MAKSWIP 2008 (MUSIM II)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 (Musim II) akan berlansung pada 6 Ogos 2008 di KL Mega Lanes, Endah Parade jam 8.00 malam. Sebanyak 28 pasukan telah mendaftarkan diri untuk kejohanan pada musim II. Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Kejohanan akan disempurnakan oleh Y. Bhg. En. Mohd Azlan bin Zaharudin, Setiausaha Agung Kehormat. Semua pasukan yang bertanding perlu mengemukakan borang permohonan yang telah diedarkan. Senarai pasukan yang bertanding adalah:
1. FRIM A
2. FRIM B
3. PWD
4. JKR
5. UM
6. KESTAWAI
7. LTAT A
8. LTAT B
9. TH KL
10. TH Q
11. RISDA
12. DBKL 3
13. DE BAKLE
14. DBKL HQ
15. JPI DBKL
16. MSN
17. MOF
18. RTM
19. MIDA
20 HASIL A
21. HASIL B
22. HASIL C
23. BPR
24. MTIB
25. KWSP
27. DBKL STARS
28. EPF C
Kepada semua pasukan yang bertanding perlu mengemukakan borang permohonan seperti yang telah diedarkan atau boleh didowload melalui laman web ini. Jawatankuasa mengucapkan selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan.
Pengerusi

Majlis Penyampian Hadiah Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Peyampaian Hadiah Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 musim pertama akan diadakan pada 6 Ogos 2008 di KL Mega Lanes, Endah Parade jam 8.00 malam. Sehubungan itu semua pemenang dan pasukan yang bertanding adalah dijemput hadir pada majlis berkenaan.
Pemenang Kejohanan adalah:
1. EPF
2. FRIM A
3. DBKL STARS
4. RISDA
5. HASIL C
6. TAHA Q
7. PWD
8. DBKL 3
9. HASIL B
10. UM
11. TH B
12. FRIM B
13. LTAT A
14. DE BAKLE
15. HASIL A
16. MTIB
17. KWSP
18. BPR
19. KESTAWI
20. LTAT B
High Game Individu
1. Shamsul (279)
High Series Individu
1. Batman (699)
High Game Pasukan
1. EPF (894)
High Series Pasukan
1. HASIL C (2537)
Pemenang Jackpot (RM720)
1. DBKL STARS
Terima kasih.
Pengerusi

Friday, July 18, 2008

Mesyuarat Pengurus Pasukan Liga Bowling MAKSWIP 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 Musim II akan bermula pada 6hb. Ogos 2008 di Mega Lanes, Endah Parade. Sehubungan itu, satu Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada:
Tarikh : 4hb. Ogos 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah MAKSWIP, Jalan Mehameru, Kuala Lumpur
Kehadiran semua Ahli Jawatankuasa dan Ketua Pasukan untuk mesyuarat ini didahului jutaan terima kasih.
Sekian
Pengerusi
Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008

Thursday, July 10, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling MAKSWIP

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Liga Bowling MAKSWIP Bil. 4/2008 yang akan dipengerusikan oleh En. Abdul Jabbar b. Hj. Sabli , Pengerusi Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 telah ditetapkan pada 15hb. Julai 2008 (Selasa), 9.30 Pagi di Rumah MAKSWIP, Jalan Persiaran Mahameru, Kuala Lumpur. Disertakan notis mesyuarat dan agenda.

Pengerusi

Wednesday, July 9, 2008

Kejohanan Bowling MAKSWIP 2008

Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan 10 Pin Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 1 Ogos hingga 3 Ogos 2008 di ERL Bowl, Alamanda, Putrajaya.

Setiap ahli gabungan dijemput untuk menghantar tidak melebihi dua pasukan bagi setiap acara yang dipertandingkan iaitu Lelaki - empat sepasukan dan wanita - dua sepasukan. Bayaran penyertaan sebanyak RM300 bagi pasukan lelaki dan RM150 bagi pasukan wanita.

Mesyuarat Pengurus pasukan akan diadakan pada 28 Julai 2008 di Rumah MAKSWIP, jam 10 pagi. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Julai 2008. Borang penyertaan boleh didapati dari urusetia MAKSWIP di Tel: 88853270/ Fak: 88892181

Urusetia MAKSWIP

Sila Klik Borang Penyertaan

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 Musim II

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 6hb. Ogos 2008 (Rabu) di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 perlu dibayar bagi setiap permainan. Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini menerusi web http://bolingmakswip.blogspot.com

Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP melalui Faks: 03-62731073 atau En. Reduan Mohd Yasin, Urusetia MAKSWIP di Tel: 03-88853270 / Fak: 03-88892181 selewat-lewatnya pada 4hb. Ogos 2008.


Peengerusi
Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP


Sila klik Borang Penyertaan

Monday, June 30, 2008

Kejohanan Bowling Individu (Master) Makswip 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan Makswip akan menganjurkan kejohanan Bowling Individu (Master) 2008 yang akan diadakan di Mega Lane, Endah Parade pada 2 Julai 2008 (Rabu) pada jam 8.00 malam. Kepada semua pemain liga adalah layak untuk menyertai kejohanan dengan yuran penyertaan sebanyak RM80 untuk 8 game. Bersama-sama ini disertakan Borang Penyertaan untuk tindakan pihak tuan.

Pengerusi
Liga Bowling Kelab Gabungan Makswip

Sila klik untuk mendapatkan Borang Penyertaan

Wednesday, April 23, 2008

Jackpot Berjumlah RM720 Telah Dimenangi..

Pada siri Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 pada 16 April 2008, Pasukan DBKL STARS telah berjaya membolot Hadiah Jackpot terkumpul sebanyak RM720. Pasukan ini telah berjaya membuat strike mengikut format yang telah ditetapkan. Tahniah diucapkan

Pasukan DBKL STARS
Pemenang Jackpot RM720

Monday, April 14, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP akan diadakan pada 16 April 2008 (Rabu) , Jam 8.00 Malam di Mega Lanes Endah Parade. Semua ahli jawatankuasa adalah dijemput hadir. Kerjasama tuan/puan didahului jutaan terima kasih.

Setiausaha
Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKWIP

Wednesday, March 26, 2008

Pemakluman Penangguhan Kejohanan Bowling Jemputan Individu Kelab FRIM

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Bowling Jemputan Individu Kelab FRIM yang dijadualkan pada 29 Mac 2008 di Mega Lane Endah Parade telah ditangguhkan kepada 31 Mei 2008 di U-Bowl, One Utama atau Mega Lanes Endah Parade. Kepada bowless yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh berhubung dengan En. Mohd Shafie Jusoh di 013-3648778. Notis mengenai kejohanan ini akan dimaklumkan kemudian dan boleh didownload melalui laman web ini. Sebarang kesulitan harap dimaafkan.

Monday, March 17, 2008

Kejohanan Liga Bowling Memasuki Minggu Kelima ...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan memasuki minggu kelima pada 19 Mac 2008. Ini bermakna ianya minggu terakhir bagi setiap pasukan untuk menjelaskan deposit dan Trofi Funds seperti yang termaktub dalam peraturan 6 Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP. Sehubungan itu, diminta Ketua pasukan yang belum menjelaskan bayaran sila berbuat demikian dengan Bendahari.

Bagi pemain yang belum bermain juga adalah dikehendaki menentukan handicap selewat-lewatnya pada minggu kelima ini. Jika tidak berbuat demikian, pemain berkenaan akan diberi handicap 0 apabila bermain.

Hadiah bagi Jackpot pada minggu kelima (19 Mac 2008) telah meninggkat kepada RM400.00. Belum ada mana-mana pasukan yang berjaya memenangi hadiah ini.

Kedudukan Liga masih diungguli oleh Pasukan EPF ditempat pertama dengan mata 162.3 diikuti oleh Pasukan RISDA ditempat kedua dengan mata 155.6 dan tempat ketiga oleh Pasukan DBKL STARS dengan mata 142.0.

Tuesday, March 11, 2008

Kejohanan Liga Bowling Masuk Minggu Keempat ...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 telah memasuki minggu keempat. Persaingan semakin sengit untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Kepada pasukan yang belum membuat bayaran deposit dan trofi funds, sila berbuat demikian dengan Bendahari iaitu En. Noramat bin Abd. Rahman (Tabung Haji). Kerjasama pihak tuan didahului jutaan terima kasih.

Monday, March 3, 2008

Minggu Ketiga Kejohanan...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 diteruskan pada minggu ketiga yang akan berlangsung pada 5hb. Mac 2008. Diingatkan kepada ketua pasukan yang belum menghantar borang penyertaan, sila berbuat demikian dan borang boleh didapati dari laman web ini. Begitu juga kepada ketua pasukan yang belum membuat bayaran deposit RM200 dan trofi funds RM160 sila menjelaskannya sebelum minggu kelima. Mana-mana pemain berdaftar yang belum bermain, hendaklah turun sehingga minggu kelima untuk menentukan handikap dan jika tidak berbuat demikian pemain berkenaan akan diberi handikap 0. Jawatankuasa Penganjur berhasrat akan mengadakan Kejohanan Master pada pertengahan bulan Mac (22 Mac 2008). Perkara ini akan dimaklumkan kepada semua bowless dalam masa terdekat. Selamat bertanding.

Tuesday, February 26, 2008

Minggu Kedua Liga Bowling...

Pada minggu kedua Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 berjalan pada hari rabu bermula 27hb. Februari 2008. Beberapa pasukan baru yang mengesahkan penyertaan adalah KEMPEN, RISDA, FAMA ...Selamat bertanding.

Friday, February 22, 2008

Hadiah Kemenangan Liga MAKSWIP 2007

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2007, telah berakhir dengan penyampaian hadiah kemenangan kepada semua pemenang yang bertanding. Keputusan kedudukan pasukan adalah:-
1. HASIL C
2. DBKL A
3. FRIM A
4. DBKL 3
5. DBKL STARS B
6. PWD
7. UNIMAL
8. KEMPEN
9. TH ONE
10. LTHT A

High Game Individu
1. Rohaya (283) 2. Hariz (276) 3. Fadzil (273)
High Series Individu
1. S Amin (719) 2. CMP (716) 3. Zainun (708)
High Game Team
1. HASIL C (919) 2. DBKL A (907) 3. FRIM A (891)
High Series Team
1. FRIM A (2495) 2. DBKL A (2472) 3. TH ONE (2418)

Kepada semua pemenang diucapkan tahniah dan pasukan lain diharap dapat terus meningkatkan prestasi dalam musim baru 2008. Kepada pihak pengurusan penganjuran dan Mega Lanes diucapkan ribuan terima kasih.

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 Dirasmikan...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 telah dirasmikan oleh En. Zamani bin Ismail dari LHDN selaku Pengerusi Kejohanan dengan meriahnya. Sebanyak 21 pasukan telah bertanding dan difahamkan beberapa pasukan lagi akan membuat past-ball bagi melengkapkan sebanyak 28 pasukan yang akan bertanding pada musim ini. Pengerusi juga memaklumkan bahawa hari pertandingan telah bertukar dari hari Khamis kepada hari Rabu mulai 27hb. Februari 2008. Kepada semua pasukan yang bertanding diucapkan terima kasih dan Good Luck.

Tuesday, February 19, 2008

Penyertaan Pasukan (Terkini)...

Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKLSWIP yang telah berlangsung pada 19 Februari 2008 di Endah Parade telah mengesahkan penyertaan sebanyak 26 pasukan yang akan bertanding. Sehubungan itu semua pasukan adalah dikehendaki hadir pada 21 Februari 2008 (Khamis) di Megalanes, Endah Parade jam 8.30 malam untuk undian perlawanan pertama dan mengemukakan borang penyertaan yang lengkap. Mana-mana pasukan yang belum mengesahkan penyertaan boleh mendapatkan borang di laman web ini atau di kaunter Megalanes, Endah Parade.

Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP Bil. 2/2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP akan diadakan pada 19 Februari 2008 (Selasa), jam 3.00 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat Endah Parade. Semua ahli Jawatankuasa adalah dijemput hadir.

Wednesday, February 13, 2008

Ruangan Kenali Bowless...

Webmaster mengwujudkan satu ruangan untuk kita sama-sama mengenali dengan lebih dekat bowless yang bermain bagi agensi dan jabatan kerajaan masing-masing. Melalui ruangan ini dapatlah kiranya pemain bowling mengenali di antara satu sama lain, maklumlah semasa bermain tu, semuanya 'concentrate' game masing-masing. Kerjasama semua bowless dapat mengemukakan borang berserta dengan gambar (format jpg) melalui email kepada urusetia kejohanan . Terima kasih.

Monday, February 4, 2008

Jemputan Penyertaan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 21hb. Februari 2008 (Khamis) di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

2. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 termasuk bayaran RM4.00 untuk Jackpot perlu dibayar bagi setiap permainan.

3. Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Boling Kelab Gabungan MAKSWIP melalui Faks: 03-62731073 atau 03-62010705 selewat-lewatnya pada 21hb. Feb. 2008.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,


Pengerusi
Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWP

Friday, February 1, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP akan diadakan pada 4 Februari 2008 (Isnin), jam 2.30 Petang bertempat di LHDN. Semua ahli Jawatankuasa adalah dijemput hadir.

Thursday, January 31, 2008

Bowling Tips To Improve Your Game

Hai semua Bowless, di sini disertakan beberapa tips untuk meningkatkan permainan bowling anda. Semoga dapat dipraktikkan, pasti anda semua suksess.

Bowling Tips To Improve Your Game

Peraturan Pertandingan Liga Boling Kelab Gabungan MAKSWIP

Kejohanan ini terbuka kepada semua Badan/Kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Badan/Kelab gabungan dibenarkan mendaftar lebih dari satu pasukan dan hanya kakitangan agensi masing-masing sahaja layak didaftarkan.
Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia ( MTBC ). Selain dari peraturan ini, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSWIP.

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008

Salam sejahtera kepada semua bowless, sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan dijalankan pada pertengahan bulan Februari 2008. Kejohanan ini akan dijalankan oleh Jawatankuasa Liga Bowling MAKSWIP yang baru ditubuhkan. Perubahan ini dibuat bagi membolehkan perlaksanaan liga ini dibuat secara sah dan menepati terma pertandingan dan objektif yang ingin dicapai.
Tuan/Puan akan sentiasa diberi maklumat kemaskini mengenai kejohanan ini termasuk jadual pertandingan, keputusan pertandingan melalui Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP. Sekian terima kasih.
Pengerusi Pertandingan
Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008