Wednesday, March 26, 2008

Pemakluman Penangguhan Kejohanan Bowling Jemputan Individu Kelab FRIM

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Bowling Jemputan Individu Kelab FRIM yang dijadualkan pada 29 Mac 2008 di Mega Lane Endah Parade telah ditangguhkan kepada 31 Mei 2008 di U-Bowl, One Utama atau Mega Lanes Endah Parade. Kepada bowless yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh berhubung dengan En. Mohd Shafie Jusoh di 013-3648778. Notis mengenai kejohanan ini akan dimaklumkan kemudian dan boleh didownload melalui laman web ini. Sebarang kesulitan harap dimaafkan.

Monday, March 17, 2008

Kejohanan Liga Bowling Memasuki Minggu Kelima ...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan memasuki minggu kelima pada 19 Mac 2008. Ini bermakna ianya minggu terakhir bagi setiap pasukan untuk menjelaskan deposit dan Trofi Funds seperti yang termaktub dalam peraturan 6 Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP. Sehubungan itu, diminta Ketua pasukan yang belum menjelaskan bayaran sila berbuat demikian dengan Bendahari.

Bagi pemain yang belum bermain juga adalah dikehendaki menentukan handicap selewat-lewatnya pada minggu kelima ini. Jika tidak berbuat demikian, pemain berkenaan akan diberi handicap 0 apabila bermain.

Hadiah bagi Jackpot pada minggu kelima (19 Mac 2008) telah meninggkat kepada RM400.00. Belum ada mana-mana pasukan yang berjaya memenangi hadiah ini.

Kedudukan Liga masih diungguli oleh Pasukan EPF ditempat pertama dengan mata 162.3 diikuti oleh Pasukan RISDA ditempat kedua dengan mata 155.6 dan tempat ketiga oleh Pasukan DBKL STARS dengan mata 142.0.

Tuesday, March 11, 2008

Kejohanan Liga Bowling Masuk Minggu Keempat ...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 telah memasuki minggu keempat. Persaingan semakin sengit untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Kepada pasukan yang belum membuat bayaran deposit dan trofi funds, sila berbuat demikian dengan Bendahari iaitu En. Noramat bin Abd. Rahman (Tabung Haji). Kerjasama pihak tuan didahului jutaan terima kasih.

Monday, March 3, 2008

Minggu Ketiga Kejohanan...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 diteruskan pada minggu ketiga yang akan berlangsung pada 5hb. Mac 2008. Diingatkan kepada ketua pasukan yang belum menghantar borang penyertaan, sila berbuat demikian dan borang boleh didapati dari laman web ini. Begitu juga kepada ketua pasukan yang belum membuat bayaran deposit RM200 dan trofi funds RM160 sila menjelaskannya sebelum minggu kelima. Mana-mana pemain berdaftar yang belum bermain, hendaklah turun sehingga minggu kelima untuk menentukan handikap dan jika tidak berbuat demikian pemain berkenaan akan diberi handikap 0. Jawatankuasa Penganjur berhasrat akan mengadakan Kejohanan Master pada pertengahan bulan Mac (22 Mac 2008). Perkara ini akan dimaklumkan kepada semua bowless dalam masa terdekat. Selamat bertanding.