Thursday, January 31, 2008

Bowling Tips To Improve Your Game

Hai semua Bowless, di sini disertakan beberapa tips untuk meningkatkan permainan bowling anda. Semoga dapat dipraktikkan, pasti anda semua suksess.

Bowling Tips To Improve Your Game

Peraturan Pertandingan Liga Boling Kelab Gabungan MAKSWIP

Kejohanan ini terbuka kepada semua Badan/Kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Badan/Kelab gabungan dibenarkan mendaftar lebih dari satu pasukan dan hanya kakitangan agensi masing-masing sahaja layak didaftarkan.
Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia ( MTBC ). Selain dari peraturan ini, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSWIP.

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008

Salam sejahtera kepada semua bowless, sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan dijalankan pada pertengahan bulan Februari 2008. Kejohanan ini akan dijalankan oleh Jawatankuasa Liga Bowling MAKSWIP yang baru ditubuhkan. Perubahan ini dibuat bagi membolehkan perlaksanaan liga ini dibuat secara sah dan menepati terma pertandingan dan objektif yang ingin dicapai.
Tuan/Puan akan sentiasa diberi maklumat kemaskini mengenai kejohanan ini termasuk jadual pertandingan, keputusan pertandingan melalui Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP. Sekian terima kasih.
Pengerusi Pertandingan
Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008