Kejohanan ini terbuka kepada semua Badan/Kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Badan/Kelab gabungan dibenarkan mendaftar lebih dari satu pasukan dan hanya kakitangan agensi masing-masing sahaja layak didaftarkan.
Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia ( MTBC ). Selain dari peraturan ini, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSWIP.
No comments:
Post a Comment