Monday, February 4, 2008

Jemputan Penyertaan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 21hb. Februari 2008 (Khamis) di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

2. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 termasuk bayaran RM4.00 untuk Jackpot perlu dibayar bagi setiap permainan.

3. Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Boling Kelab Gabungan MAKSWIP melalui Faks: 03-62731073 atau 03-62010705 selewat-lewatnya pada 21hb. Feb. 2008.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,


Pengerusi
Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWP

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah di atas usaha untuk mengadakan kejohanan liga bowling ini.