Monday, March 3, 2008

Minggu Ketiga Kejohanan...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 diteruskan pada minggu ketiga yang akan berlangsung pada 5hb. Mac 2008. Diingatkan kepada ketua pasukan yang belum menghantar borang penyertaan, sila berbuat demikian dan borang boleh didapati dari laman web ini. Begitu juga kepada ketua pasukan yang belum membuat bayaran deposit RM200 dan trofi funds RM160 sila menjelaskannya sebelum minggu kelima. Mana-mana pemain berdaftar yang belum bermain, hendaklah turun sehingga minggu kelima untuk menentukan handikap dan jika tidak berbuat demikian pemain berkenaan akan diberi handikap 0. Jawatankuasa Penganjur berhasrat akan mengadakan Kejohanan Master pada pertengahan bulan Mac (22 Mac 2008). Perkara ini akan dimaklumkan kepada semua bowless dalam masa terdekat. Selamat bertanding.

No comments: