Monday, March 17, 2008

Kejohanan Liga Bowling Memasuki Minggu Kelima ...

Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP 2008 akan memasuki minggu kelima pada 19 Mac 2008. Ini bermakna ianya minggu terakhir bagi setiap pasukan untuk menjelaskan deposit dan Trofi Funds seperti yang termaktub dalam peraturan 6 Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling Kelab Gabungan MAKSWIP. Sehubungan itu, diminta Ketua pasukan yang belum menjelaskan bayaran sila berbuat demikian dengan Bendahari.

Bagi pemain yang belum bermain juga adalah dikehendaki menentukan handicap selewat-lewatnya pada minggu kelima ini. Jika tidak berbuat demikian, pemain berkenaan akan diberi handicap 0 apabila bermain.

Hadiah bagi Jackpot pada minggu kelima (19 Mac 2008) telah meninggkat kepada RM400.00. Belum ada mana-mana pasukan yang berjaya memenangi hadiah ini.

Kedudukan Liga masih diungguli oleh Pasukan EPF ditempat pertama dengan mata 162.3 diikuti oleh Pasukan RISDA ditempat kedua dengan mata 155.6 dan tempat ketiga oleh Pasukan DBKL STARS dengan mata 142.0.

No comments: