Wednesday, July 9, 2008

Kejohanan Bowling MAKSWIP 2008

Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan 10 Pin Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 1 Ogos hingga 3 Ogos 2008 di ERL Bowl, Alamanda, Putrajaya.

Setiap ahli gabungan dijemput untuk menghantar tidak melebihi dua pasukan bagi setiap acara yang dipertandingkan iaitu Lelaki - empat sepasukan dan wanita - dua sepasukan. Bayaran penyertaan sebanyak RM300 bagi pasukan lelaki dan RM150 bagi pasukan wanita.

Mesyuarat Pengurus pasukan akan diadakan pada 28 Julai 2008 di Rumah MAKSWIP, jam 10 pagi. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Julai 2008. Borang penyertaan boleh didapati dari urusetia MAKSWIP di Tel: 88853270/ Fak: 88892181

Urusetia MAKSWIP

Sila Klik Borang Penyertaan

2 comments:

G-Lee said...

semoga dapat dianjurkan selalu dan hadiah di berikan sehingga ketempat kesepuluh sekurang2nya bagi pasukan.

Anonymous said...

syabas dan tahniah kepada semua pasukan2 dan individu2 yang berjaya. dicadangkan kejohanan akan datang diadakan di kuala lumpur dan di tempat yang mempunyai banyak bowling lanes.