Wednesday, July 9, 2008

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 Musim II

Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP 2008 akan diadakan pada 6hb. Ogos 2008 (Rabu) di KL Megalane, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini akan dijalankan secara liga dan adalah terbuka kepada kelab-kelab yang bergabung dengan MAKSWIP. Tiap-tiap kelab gabungan boleh mengemukakan lebih dari satu pasukan. Tiap-tiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 untuk “Trofi Funds” dan sebanyak RM200.00 sebagai deposit kejohanan. Manakala bayaran lane sebanyak RM64.00 perlu dibayar bagi setiap permainan. Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini menerusi web http://bolingmakswip.blogspot.com

Bersama-bersama ini disertakan borang penyertaan dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Liga Bowling MAKSWP. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP melalui Faks: 03-62731073 atau En. Reduan Mohd Yasin, Urusetia MAKSWIP di Tel: 03-88853270 / Fak: 03-88892181 selewat-lewatnya pada 4hb. Ogos 2008.


Peengerusi
Kejohanan Liga Bowling MAKSWIP


Sila klik Borang Penyertaan

No comments: